RIHLAH ILMIAH 4.0 : PERBENTANGAN
LAPORAN AKTIVITI PPIK : RIHLAH ILMIAH 4.0
(Lampiran 3)
(Lampiran 3)
16 APRIL 2016 (SABTU)
.
.
.
Sesi Perbentangan di Hadapan Prof. Madya Dr. Khalif Muammar
.
.
.
8. Jam 8 malam, perbentangan dimulakan di Kulliyyah of Dentistry, UIAM Kuantan.Perbentangan akan diberi komentar oleh Prof. sendiri untuk menambah atau memperbetulkan kefahaman bacaan peserta. Kami memfokuskan untuk melaporkan aktiviti ini kerana pada pemerhatian kami ia sesuatu yang sangat menarik. Teknik ini memaksa mereka yang tidak pernah menelusuri karya berat, janggal dengan perbincangan buku serius untuk menyelam sekurang-kurangnya sekali dengan perahan otak yang bukan sebarangan kerana akan diperiksa fahamnya oleh guru itu sendiri pada sesi akhir. Juga, menguji mereka yang telah membaca buku ini berkali-kali dengan persoalan-persoalan yang menguji ketepatan faham dan pengetahuan mereka yang masih lagi banyak perlu ditekuni di dalam karya agung pemikir dunia Islam abad ini.
.
.
.
9. Dari situ, masing-masing faham dan sedar, serta baru dapat menghargai betapa hebat dan pentingnya idea yang disampaikan oleh pemikir Islam, Prof. al-Attas dalam menyediakan kit berfikir paling mapan untuk setiap Muslim pada zaman moden ini serta menyedarkan betapa bahayanya serangan sekularisasi sebagai program falsafah yang melingkari hampir setiap aspek kehidupan hatta dalam kefahaman beragama.
.
.
.
10. Apapun, kami mengagumi mahasiswa dan mahasiswi UIAM Kuantan, yang rata-ratanya sangat berani dan hebat dalam membentangkan hasil kefahaman mereka terhadap karya ini. Dalam waktu persediaan yang singkat, kemampuan mereka menanggapi perbahasan idea-idea besar di dalam karya besar ini sangat mengagumkan. Dengan akses yang terhad kepada perbicangan gagasan ini tidak seperti di Lembah Klang, serta pendedahan yang jauh lebih sedikit berbanding para mahasiswa di universiti Lembah Klang, penghuraian yang mereka hadapkan menunjukkan seperti wacana ini sesuatu yang sangat lazim mereka selami dalam kesibukan tugasan mereka sebagai mahasiswa perubatan dan sains teras di sini. Anak muda ini kami kagumi. Tahniah untuk mereka yang menggerakkannya di Kuantan.
.
.
.
11. Gambar di bawah ini adalah gambar pemuda-pemudi hebat yang mewakili perbentangan tersebut. Hadirin yang lain dari mahasiswa UIAM Kuantan ini jua menjadi indikator menunjukkan tahap kehebatan para mahasiswa ini dalam menghadami idea besar. Soalan-soalan yang kami dengar dipertanyakan kepada Prof, adalah soalan yang bukan sebarangan. Jikalau dilaksanakan di universiti Lembah Klang, belum tentu dapat kami dengari soalan sedmikian rupa. Syabas buat mereka. Mahasiswa Kuantan ini menginspirasikan kami untuk bercita-cita memiliki kader yang sama tahapnya seperti mereka.

Post a Comment