Header Ads

RIHLAH ILMIAH 4.0 : SYARAHAN PROF. MADYA DR. KHALIFF MUAMMAR





LAPORAN AKTIVITI PPIK : RIHLAH ILMIAH 4.0
(Lampiran Akhir)
16 APRIL 2016 (SABTU)
.
.
.
Penghargaan Dan Harapan
.
.
.
12. Justeru, di dalam laporan ini kami mewakili PPIK ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur atas pelaksanaan program sebegini yang melambangkan perkembangan yang baik dan harapan masa depan yang cerah di kalangan generasi baru umat Islam di Malaysia terutama di kalangan mereka yang terlibat dalam pemposisian kecemerlangan dalam bidang-bidang penting masing-masing seperti majoriti disandang oleh para mahasiswa di UIAM Kuantan. Tahniah penganjur dan terima kasih menerima kami sebagai bukan warga UIAM Kuantan untuk turut serta di dalam program ini.
.
.
.
13. Untuk kami harapkan program sebegini datang ke Kelantan mungkin masih jauh perjalanannya. Namun, sebagai pertubuhan yang mengangkat visi misi pencerahan, penghakupayaan dan pemerkasaan generasi pemuda Islam di Kelantan khususnya dalam aspek pemikiran dan kefahaman Islam yang tuntas dalam mendepani cabaran sekularisasi di zaman moden ini, apa yang kami mampu lakukan ialah dengan bermula menyampaikan saluran dan pendedahan warga yang berminat untuk menemui akses kepada pembentukan fikir sebegini di mana-mana tempat penganjuran ia diadakan di dalam produk program yang diberi nama Rihlah Ilmiah.
.
.
.
Kesimpulan Kami
.
.
.
14. Alhamdulillah, setelah beberapa siri Rihlah, pendedahan kepada idea sarwa pandang Islam sebegini telah mula menelusuri di dalam pemerhatian ahli-ahli di Kelantan walau sekadar pada peringkat pengenalan. Kami bercita-cita jauh, agar idea ini bukan sekadar menjadi bahan perbualan yang dikagumi, tetapi diserap sebagai neraca pegangan diri pada kefahaman Islam yang lebih syumul dan mendalam. Ini perihal citra penting untuk dijiwai kepada setiap aktivis yang dikumpulkan dan disyaratkan kepada ahli PPIK.
.
.
.
Semoga laporan perihal program ini dapat membuahkan banyak lagi minat di dalam diri penggerak lapangan sosial terutama ahli-ahli PPIK untuk memandang penguasaan aspek intelektual pada jalur ini sebagai sesuatu yang amat penting dan teratas di dalam perencanaan dan penghayatan diri selaku aktivis gerakan Islam.
Membina Generasi, Memaknai Kepemudaan.

No comments

Powered by Blogger.