Header Ads

RIHLAH ILMIAH 4.0 : STUDY @TELUK CHEMPEDAK


LAPORAN AKTIVITI PPIK : RIHLAH ILMIAH 4.0
(Lampiran 2)
16 APRIL 2016 (SABTU)
.
.
.
Apa Yang Dilakukan?
.
.
.
4. Program yang amat menarik dan wajar diteruskan lagi. Pengalaman paling mengujakan dan bermakna kami terima adalah pada sesi kupasan buku 'Islam dan Sekularisme'. Setelah satu sesi selama hampir 4 jam disyarahkan pengenalan idea Pandang Alam Islam oleh Prof. Madya Dr. Khalif Muammar, peserta diberi tugasan berkumpulan secara berdikari sehingga jam 7 petang untuk membaca satu topik di dalam buku tersebut dan membentangkan kefahaman hasil pembacaan dan diskusi bebas selama beberapa jam di petangnya untuk dibentangkan kepada Prof. pada malamnya.
.
.
.
5. Setiap kumpulan akan membentangkan satu topik di dalam buku tersebut. Terdapat 5 kumpulan yang diagihkan dan perbentangan pada malamnya menjadikan keseluruhan topik di dalam buku tersebut dapat diketahui tentang isi perbincangannya dan idea-idea penting secara umum melalui teknik sebegini. Ibaratnya, setiap peserta di dalamnya sudah mampu dianggap sebagai mengkhatamkan bacaan buku ini secara umum.
.
.
.
6. Kami memilih melakukan pembacaan dan perbincangan tugasan ini di luar bilik kuliah sedari pukul 2 petang sehingga 6 petang. Lokasi pilihan rombongan kami untuk memerah otak bagi memahami dan mencungkil idea-idea penting di dalam buku tersebut adalah di Teluk Chempedak. Suasana pantai yang mendamaikan di daerah Kuantan ini banyak membantu kami menelusuri idea ini dengan penuh inspirasi dan dalam keadaan yang lebih santai untuk mengurangkan ketegangan fokus dalam menelaah huraian serius karya agung tersebut terutama di dalam bab metafizik.
.
.
.
7. Topik yang ditugaskan kepada kami adalah Bab 1 buku Islam dan Sekularisme, bertajuk, 'Latar Belakang Kristen Barat Masa Kini'. Pilihan kami untuk menelusuri tugasan ini di luar bilik kuliah adalah tepat. Tatkala perlu menghadami kupasan aliran Parmenidean, Skolastik, Aristotelian, Hellenik dan ditamatkan dengan Eksistensial simpulan Immanuel Kant, fikir kami dikerah sedalam-dalamnya kepada perbahasan 'being, necessary being, contingent being' serta 'essence , quiddity' dan existence'. Pilihan di teluk ini sangat tepat.




No comments

Powered by Blogger.