"Budaya ilmu ialah kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan.
Budaya ilmu juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan yang segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahupun syura."
- Dipetik daripada buku 'Budaya Ilmu : Satu Penjelasan' tulisan Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud
(Bab 2 : ms 29)
Terma intelektual yang diguna pakai di dalam pernyataan budaya PPIK ini pula merujuk kepada keadaan menjadikan segala sesuatu berkaitan dengan aktiviti berbentuk intelektualisme sebagai aktiviti dan orientasi utama PPIK seperti yang didefinisikan ciri-ciri intelektual itu kepada huraian Prof. Syed Hussein al-Attas di dalam bukunya 'Intelektual Masyarakat Membangun'.
Justeru, Budaya 1 PPIK ini bermaksud menjadikan aktiviti ilmu sebagai aktiviti utama PPIK dan ciri-ciri seorang intelektual sebagai ciri-ciri ahli PPIK yang dapat dibentuk melalui kegiatan-kegiatan yang mendorong ke arahnya.
Post a Comment