BACCOBOK SEMINIT : OUR POSTHUMAN FUTURE
Perkembangan bidang teknologi adalah simbol kebanggaan manusia yang menjadi penanda aras bagi ketamadunan yang dibina. Sebelum ini perkembangan bidang teknologi hanya dalam ruang lingkup yang bersifat fizikal dan material. Namun, bidang teknologi bergerak setapak lebih maju dengan menghasilkan teknologi yang bersifat biologi. Ia menghasilkan bidang yang tersendiri yang dinamakan bioteknologi. Seiring dengan perkembangan bidang bioteknologi ini, ia membawa seribu satu persoalan berkaitan nilai dan kehidupan manusia. Aspek inilah yang dikupas oleh Francis Fukuyama dalam bukunya ini “Our posthuman future - Consequences of the biotechnology revolution”.
Francis
Fukuyama memulakan bahagian pertama karyanya ini dengan memetik beberapa buah
buku novel sains fiksyen yang mengupas mengenai bagaimana perkembangan bidang
bioteknologi itu mengubah bagaimana manusia itu menjalani kehidupan sebagai
seorang manusia. Walaupun, ia hanyalah sekadar novel sains fiksyen, realiti
yang berlaku pada masa Fukuyama menulis karya ini mengakibatkan
persoalan-persoalan yang timbul dari kedua-dua novel ini amat menarik untuk
diperbincangkan dan diperhalusi. Persoalan tentang asas yang menjadikan manusia
itu manusia cuba diketengahkan oleh Fukuyama dalam menghadapi teknologi-teknologi
yang muncul.
Bahagian
kedua buku ini pula membicarakan tentang nilai-nilai yang menjadikan manusia
itu manusia (being human). Dalam bahagian ini Francis Fukuyama mengulas bahawa
nilai ini perlu dipegang dan dipertahankan daripada kemunculan teknologi-teknologi
baru yang berpotensi untuk mengubahnya. Beliau mengupas tiga aspek iaitu hak
asasi manusia (human right), hakikat manusia (human nature) dan maruah manusia
(human dignity).Baginya ketiga-tiga aspek inilah yang menjadi initipati yang
amat penting dalam seseorang manusia itu untuk menjadi manusia. Melalui
ketiga-tiga aspek ini matlamat akhir manusia itu (human ends) mampu dicapai.
Bahagian
ketiga pula mengupas bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk
melindungi manusia daripada perkembangan bidang bioteknologi yang mampu
mengancam nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Beliau beranggapan bahawa
undang-undang adalah antara alat yang mampu menghalang bidang bioteknologi itu
daripada terus mengancam nilai-nilai manusia. Walaupun perkembangan pesat
bidang bioteknologi menjadikan halangan melalui undang-undang dilihat sebagai
mustahil, Fukuyama berhujah bahawa itu bukanlah alasan untuk mengekang
teknologi ini kerana kewujudan undang-undang sedia ada juga tidak mampu menghapuskan
jenayah seratus peratus.
Karya
Fukuyama ini membawa persoalan yang amat menarik untuk difikirkan berkaitan potensi
bidang teknologi dalam mengubah nilai-nilai manusia. Oleh sebab itu,
perbincangan mengenai nilai-nilai yang menjadikan manusia itu manusia cuba diketengahkan
oleh Fukuyama. Teknologi adalah cerminan daripada pemikiran manusia. Bagaimana
manusia itu melihat siapa diri mereka, matlamat hidup mereka serta matlamat
akhir mereka akan diterjemahkan ke dalam bentuk-bentuk fizikal seperti
perkembangan bidang teknologi. Oleh yang demikian, permasalahan berkaitan
bidang teknologi hendaklah mengambil kira sudut pemikiran manusia dalam
memahami siapa diri mereka dan alam yang mereka diami.
Berdasarkan karya Fukuyama ini dapat dilihat bagaimana Fukuyama cuba membawa pembaca kepada isu-isu yang berkaitan dengan pembentukan pemikiran manusia dalam memahami siapa itu diri manusia dalam menghadapi isu berkaitan teknologi ini. Namun begitu, Fukuyama tidak membincangkan matlamat teknologi dalam konteks pembentukan nilai-nilai kemanusiaan. Kaitan antara teknologi dan pembentukan nilai-nilai manusia tidak dikupas oleh Fukuyama. Hasilnya, terdapatnya pemisahan antara teknologi dan pembentukan nilai-nilai manusia. Teknologi dilihat sebagai sesuatu daya yang tidak mampu ditahan oleh manusia sedangkan teknologi itu adalah produk pemikiran manusia.
Kesimpulannya, selain daripada memahami nilai-nilai yang menjadikan manusia itu manusia seperti yang diulas oleh Fukuyama, adalah amat penting untuk matlamat teknologi dalam menjadikan manusia itu manusia difahami agar teknologi ini tidak hilang hala tuju. Tema-tema seperti perubahan dan kemajuan yang sering kali dikaitkan dengan perkembangan teknologi hendaklah difahami dalam kerangka persoalan siapa itu manusia agar manusia itu tidak menjadi hamba kepada sesuatu yang mereka cipta.

Ditulis oleh Tuan Fitri Tukimin, Exco Pendidikan dan Penyelidikan PPIK sesi 2016/2017.
Post a Comment