Header Ads

KLUSTER ORANG MIMPI-MIMPI




PPIK DAN KLUSTER ORANG MIMPI-MIMPI
Julung kalinya, sebuah model kerjasama pembinaan watak bersiri khas dianjurkan oleh PPIK KL dengan khidmat pasukan Oarong Idea.
.
Mendatangkan perencanaan program terbaru yang bertapak di Kuala Lumpur. Berpusat di Pejabat Oarong Idea Kampung Sungai Chincin Gombak, juga menjadi Pusat Latihan Kepimpinan Khas PPIK untuk cawangan seluruh Malaysia.
.
.
Kenapa di KL, bukan di Kelantan?
.
.
Datang ke kluster kami untuk memahami idea pemposisian ini. Ada sesetengah idea perubahan memerlukan kekuatan 'shogunate' yang berbeza tatkala berdepan sebatian dogma yang sukar luntur, apatah lagi untuk dihala pada cara fikir yang baharu.
.
Oleh itu, anak muda Kelantan di mana-mana sahaja berada, mahupun warga bukan Kelantan yang berminat dengan acara orang mimpi-mimpi ini di dalam menghadami idea-idea baharu zaman dan masa depan serta menjadi bekal kekuatan di dalam organisasi mahupun kerja beraktivis yang lain, jemput datang dan sertai kami.
.
Kami mencari pemimpi-pemimpi untuk bersama dalam agenda idea perubahan dan keberanian zaman.
.
.
Apa yang akan dilakukan?
.
.
Antaranya siri bengkel pemikiran serta syarah buku-buku idea dan gaya fikir masa depan oleh fasilitator idea khas dari pasukan Oarong Idea. Sekembali darinya, para aktivis perubahan terus cekal bekerja untuk memaknakan mimpi-mimpi perubahan segar di lapangan masing-masing.
.
Hanya untuk mereka yang berani bermimpi dan mendepani zaman.
.
.
Bagaimana ingin menyertai kluster?
.
.
Yang berminat, hubungi saya melalui Whatsapp di 013-270 8265 (Afif Mokhtari Yasim). Berkhidmat selaku pemimpi tanpa gentar.
.
Membina Generasi, Memaknai Kepemudaan.

No comments

Powered by Blogger.