PPIK-PKPIM : MYVOC DEKATKAN MAHASISWA & MASYARAKAT
PPIK-PKPIM : MYVOC DEKATKAN MAHASISWA & MASYARAKAT
[Format Laporan Bertulis]
8 MEI 2016 (AHAD)
===============================================
7 TAJUK TOPIK :
7 TAJUK TOPIK :
1. LATAR BELAKANG PROGRAM
2. OPERASI MEMBERSIH MASJID
3. DAKWAH SABUN PENCUCI TANGAN
4. KENAPA TANDAS? PENYEMPURNAAN FIQH MAZHAB SYAFIE
5. KENAPA TANDAS? PENDIDIKAN TASAWUF DALAM PROJEK
6. SIGNIFIKAN MASJID SUNGAI CHINCIN : ASPIRASI KEWALIAN
7. PENGHARGAAN DAN HARAPAN

================================================
.
.
.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat Junjungan Ke Atas Kekasih Allah Serta Penghulu Umat Manusia, Nabi Muhammad S.A.W.
.
.
.
1. LATAR BELAKANG PROGRAM
.
.
.
Di bawah kelolaan Biro Pembangunan Sosial PKPIM, Saudari Solehah Rezali, PPIK menjadi sebahagian tenaga kerja yang turut terlibat sama dalam satu program khas Ceria Komuniti Sempena Hari dan Minggu Belia 2016.

Program ini menggerakkan keseluruhan jentera pertubuhan belia di bawah naungan Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk melaksanakan projek-projek khusus kepada masyarakat di tempat masing-masing melalui dana besar yang telah diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
Menggunapakai nama Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia atau singkatannya MyVOC, PKPIM Biro Pembangunan Sosial telah mensasarkan untuk melaksanakan projek khusus ini kepada rumah ibadat komuniti terdekat. Melalui mesyuarat dengan pihak PPIK, Saudari Solehah, yang juga merupakan ahli aktif PPIK KL, telah memutuskan untuk menggerakkan projek 'Cuci-Cuci Masjid' di Kampung Sungai Chincin, Gombak.
Lebih tepat, pemilihan dilakukan untuk menggerakkan komuniti mahasiswa berdekatan iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak untuk turut serta menjadi tenaga kerja MyVOC sekaligus melaksanakan hasrat mendekatkan lagi jarak antara komuniti masyarakat setempat dengan warga mahasiswa.
.
.
.
2. OPERASI MEMBERSIH MASJID
.
.
.
Berbekalkan keupayaan pasukan MyVOC yang dibarisi oleh ahli-ahli PKPIM, PPIK dan sekumpulan mahasiswi UIAM, operasi mencuci masjid di Kampung Sungai Chincin bermula seawal jam 10.00 pagi.

Dengan bantuan pihak Nazir Masjid Sungai Chincin, pasukan MyVOC bergabung dengan tenaga kerja AJK Masjid serta orang kampung berdekatan. Di atas kesempatan kehadiran masyarakat sekitar, pihak MyVOC sempat menyediakan sarapan pagi serta makanan tengah hari untuk dijamu selera oleh komuniti yang hadir sebagai sumbangan kebajikan kepada kesediaan mereka yang terlibat.
Fokus pasukan MyVOC di dalam operasi membersih masjid pada kali ini ialah mencuci tandas-tandas masjid. Target pasukan MyVOC adalah untuk memastikan gred kebersihan tandas masjid mencapai tahap yang cemerlang. Segala kerja-kerja mencuci lumut-lumut liar yang mula tumbuh di dalam kawasan tandas turut dilakukan.
Longkang-longkang saliran air di kawasan tandas turut dibersihkan. Dengan tujuan memastikan aspek bau tandas yang tidak menyesakkan, pasukan ini membekalkan bahan cuci yang berkualiti tinggi yang bukan sahaja menghapuskan kotoran dan bakteria, tetapi juga turut mengekalkan bauan yang lebih baik di dalam tandas.
.
.
.
3. DAKWAH SABUN PENCUCI TANGAN
.
.
.
Objektif terakhir kami di dalam pembersihan tandas adalah memastikan tandas masjid, kolah air untuk wudhu serta sinki membasuh tangan dibekalkan dengan 'SABUN PENCUCI TANGAN'. Ini satu objektif bertema yang ringkas daripada pasukan MyVOC, namun menjadi indikator penting aspek pengamalan kebersihan di masjid-masjid seluruh negara yang banyak mengabaikan aspek bantuan kebersihan kepada jemaah seperti ini.

Dalam urusan seharian di masjid, ada di kalangan para jemaah yang perlu berhadas. Bagi mencapai keselesaan dan jaminan kebersihan dan kesihatan tangan dari sudut pengamalan perubatan, keberadaan sabun pencuci tangan amat perlu. Ini menggalakkan amalan kebersihan di kalangan para jemaah yang sentiasa berada dalam keadaan bukan sahaja bersih untuk solat, tetapi bebas kuman untuk keselesaan di masjid.
Banyak lagi isu-isu kebersihan dan kemudahan jemaah yang terlepas pandang dalam pengurusan masjid di Malaysia, namun usaha perubahan ini harus kita bawakan bersama dengan pendidikan kesedaran kepada komuniti dan sentiasa digerakkan secara konsisten oleh pelbagai gerakan dan pertubuhan anak muda yang kreatif dan tumbuh melata pada masa kini.
Sebagai tangga mula usaha ini, di pihak pasukan kami, nama dakwah 'SABUN PENCUCI TANGAN' kami bawakan sebagai piawaian wajib dan indikator penting untuk setiap usaha pembersihan masjid akan datang yang melibatkan pasukan ini.
.
.
.
4. KENAPA TANDAS? : PENYEMPURNAAN FIQH MAZHAB SYAFIE
.
.
.
Kenapa kami memilih tandas sebagai fokus pembersihan utama pasukan dalam projek ini? Pertama kerana aspek ini yang sentiasa menjadi kekurangan dalam bab kebersihan di mana-mana masjid seluruh negara. Matlamat kami ialah ingin melihat setiap tandas masjid di seluruh Malaysia sekurang-kurangnya berada pada gred selesa dan bersih yang sama dengan gred kebersihan di Hentian Rawat dan Rehat yang sentiasa dibersihkan oleh pekerja kontrak. Dengan ini, banyak manfaat dari pelbagai sudut dapat dicapai.

Dari segi konteks dakwah menarik lebih jemaah pun akan tercapai, bahkan yang lebih penting, usaha ini sebenarnya menegakkan syariat Islam secara bersungguh-sungguh terutama melibatkan pengamalan hukum fiqh pada aspek kebersihan untuk beribadah. Apatah lagi penekanan aspek kebersihan pakaian dan suci dari najis ini amat dititik-beratkan di dalam pendirian ibadah mazhab Syafie.
Maka, seharusnya, tandas masjid adalah tempat yang terpenting untuk memastikan syarat-syarat bersuci dan beribadah bersih daripada sebarang keraguan sekaligus menyempurnakan kaedah secara cemerlang dalam pengamalan syariat berlandaskan mazhab Syafie.
.
.
.
5. KENAPA TANDAS? : PENDIDIKAN TASAWUF DALAM PROJEK
.
.
.
Selain daripada asbab aspek kebersihan, pemilihan fokus pasukan MyVOC dalam projek membersihkan masjid ini yang mengutamakan mencuci bahagian tandas adalah kerana untuk mendedahkan para ahli pasukan yang terlibat dengan satu bentuk pendidikan tasawuf secara langsung.

Selain menanam kesedaran betapa pentingnya kebersihan di tandas dan kesedaran melakukan kerja komuniti mahupun khidmat sosial menyumbang kepada kebersihan tandas, tujuan yang lebih utama dan mendalam berintegrasi dari cabang kesedaran itu ialah untuk mendedahkan para peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan aktivis gerakan Islam akan satu proses penyucian hati yang pernah diamalkan oleh para ulama' dan ahli sufi semenjak dari waktu dahulu.
Bagaimana mencuci tandas boleh menyucikan hati? Berdasarkan kisah tokoh ulama dan para sufi, mencuci tandas adalah satu amalan berbentuk disiplin yang membuang ego di dalam hati insan. Beginilah cara ulama dan para sufi terdahulu melakukan proses pendidikan hati kepada diri mereka sendiri. Masyhur dan sering kita dengar kisah-kisah sebegini sama ada di zaman moden atau pada zaman dahulu.
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali pernah dikisahkan mendapat ilmu laduni atau kasyaf setelah menurutkan perintah Syeikh al-Khurazy yang menyuruhnya menyucikan kotoran lantai dengan tangan beliau. Perihal kedatangan ilmu sebegitu disebabkan kebersihan hati yang telah dimiliki hasil pendidikan 'mencuci' tadi.
Di zaman moden, satu kisah yang masyhur kita dengari adalah peristiwa mencuci tandas oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atau lebih dikenali sebagai Tok Guru, Menteri Besar Kelantan yang telah pulang ke rahmatullah pada tahun lepas. Diceritakan bahawa pada suatu hari di masjid berdekatan dengan rumah beliau, seorang ustaz yang menumpang tidur di masjid tersebut.
Namun, didengari beliau pada waktu malam sebelum Subuh ada seseorang yang sedang mencuci di dalam tandas. Lalu dijenguk oleh ustaz tersebut dan alangkah terkejutnya melihatkan sosok tubuh seorang Menteri Besar yang memerintah satu negeri berjajahan 10, sedang mencuci tandas di dalamnya.
Ditanya oleh beliau kepada Tok Guru, "Mengapakah Tuan Guru melakukan ini semua?" Lalu, dijawab Tok Guru, "Ini dilakukan untuk membuang EGO di dalam hati." Demikian amalan hati oleh mereka yang mengikuti jalan tasawuf.
Dan banyak lagi kisah seumpama dengannya yang dapat kita dengari sebagai salah satu dari inisiatif disiplin orang-orang yang soleh. Dikatakan juga seorang Tuan Guru Pondok di sebuah negeri dari utara melakukannya setelah bersalam dengan muridnya bagi membuang perasaan riak. Kisah-kisah ini, dijadikan teladan bagi generasi muda untuk mencontohinya. Mereka ini bukan sekadar membawa kesedaran kepada perlunya menjaga tandas secara fizikal, tetapi turut juga menjaga kotoran hati secara spiritual.
Demikianlah antara objektif-objektif utama di dalam pelaksanaan program MyVOC di Masjid Sungai Chincin kali ini.
.
.
.
6. SIGNIFIKAN MASJID SUNGAI CHINCIN : ASPIRASI KEWALIAN
.
.
.
Pasukan MyVOC PKPIM-PPIK memilih lokasi Masjid Sungai bukan atas faktor pemilihan secara rawak. Tetapi melihatkan keupayaan masjid untuk menjelmakan semangat dan kesedaran spiritual apabila kita menjelajahi dan menelusuri sejarahnya.

Masjid Sungai Chincin, sebuah masjid berdekatan dengan UIAM Gombak dan sedikit tersorok ke dalam kawasan kampung, menyebabkan keberadaannya tidak begitu disedari. Kedudukannya yang berada di Batu 7 Gombak dipisahkan melalui satu sungai yang mengalir membentuk aliran sungai di kota raya Kuala Lumpur.
Hanya bagi yang mengetahui sejarahnya yang amat hebat dalam pemetaan pengembangan Islam di Tanah Melayu akan menyedari keberadaan permata yang masih ada di sini yang menjadi bukti untuk ditekuni oleh generasi kini.
Masjid Sungai Chincin, diasaskan oleh seorang wali yang datang dari Penyambongan, Sumatera Utara. Beliau ialah Syeikh Muhammad Nor al-Kholidi, Khalifah ke-35 Tareqat Naqsyabandi yang datang membuka serta membangunkan perkampungan ini pada tahun 1894 sehingga menjadi sebuah perkampungan yang sangat gemilang sejarahnya di kemudian hari.
Sekiranya Indonesia terkenal dengan Wali Sembilan atau Wali Songo, maka tidak kurangnya dengan sejarah hebat di Tanah Melayu yang dikenali dengan gelar Wali Tujuh. Antara tujuh orang wali yang disebutkan itu antaranya ialah Tok Kenali, Tokku Paloh dan Sheikh Muhammad Said Linggi. Dan salah seorang juga daripada nama-nama ini ialah pembuka dan pengasas kampung ini, Syeikh Muhammad Nor al-Kholidi al-Naqsyabandi.
Di masjid yang dibangunkan beliau, satu pusat pemerintahan Islam dijalankan dan ia ditadbir oleh beliau sendiri. Di sini, terdapat satu tinggalan yang masih ada dan popular hingga masa kini iaitu sebuah kubur buatan atau kubur olok-olok (terdapat gambarnya di dalam video). Kubur ini dijadikan tempat suluk oleh para pengikut beliau dan sebagai peringatan kematian kepada para penduduk setempat.
Di bawah pemerintahan beliau, kampung ini dibangunkan dengan sejahtera melalui pelbagai aktiviti sara yang dianjurkan beliau kepada penduduk kampung seperti bercucuk tanam. Bahkan idea teknologi empangan air sebagai punca saliran air yang sistematik ke kawasan ini turut diilhamkan oleh beliau yang mengambil contoh sepanjang pengembaraan menuntut ilmu di pelusuk Indonesia sebelum ini. Kehebatan kampung di bawah pemerintahan beliau menyaksikan ianya tidak terputus bekalan makanan sewaktu kedatangan penjajah Jepun ke Tanah Melayu sedangkan kawasan sekitar mengalami kesukaran yang teruk.
Tanah yang diasaskan oleh beliau ini merupakan tanah waqaf diraja. Ianya telah diwaqafkan oleh DYMM Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang kelima. Bahkan di atas status waqaf diraja ini, tanah perkampungan ini mendapat keistimewaan tidak perlu membayar cukai sehingga ke hari ini. Begitulah sedikit sebanyak sejarah kegemilangan dan kehebatan Masjid Sungai Chincin yang menjadi faktor pemilihan projek ceria komuniti pasukan MyVOC kali ini. Terdapat banyak lagi kisah-kisah menarik berkenaan dengannya yang boleh ditekuni sendiri oleh mereka yang berminat.
.
.
.
7. PENGHARGAAN DAN HARAPAN
.
.
.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan bantuan penduduk kampung dan ajk masjid yang sangat mesra membantu dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendekati. Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada pihak Nazir masjid bersama jawatankuasa beliau serta para penduduk setempat yang terlibat.

Terima kasih juga kepada para peserta dari kalangan mahasiswa dan ahli PKPIM yang terdiri dari gabungan pelbagai negeri termasuk PPIK, yang sudi turun mengorbankan hari minggu lantas menjayakan matlamat program ini. Satu aspirasi program yang sangat baik dicetuskan oleh MyVOC yang dinaungi MBM dan KBS.
Harapan kepada pihak atasan seperti MBM dan KBS, semoga usaha dokongan dan peruntukan untuk aspirasi sebegini bagi golongan mahasiswa dan belia menggerakkannya diperbanyakkan lagi sehabis mungkin. Ini salah satu pelaburan yang amat berbaloi untuk membina generasi Malaysia masa depan yang berperadaban tinggi. Tahniah dan terima kasih.
Membina Generasi, Memaknai Kepemudaan.
Post a Comment