Header Ads

NOM DISCOURSE (LECTURE 1 S2)

SELAMAT DATANG RAKAN-RAKAN JEMPUTAN :-)

Topik : "The Nature of Man and The Psychology of The Human Soul"
Kuliah : 1
Siri : 2
Tarikh : 20/7/2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam - 12.00 tengah malam
Pensyarah : En. Roslan Jelani


https://youtu.be/V2SW3FSpZg8
(Tekan link di atas untuk akses kepada rakaman :
Hanya dapat diakses oleh mereka yang telah diberi 'link' khas.) 



Audio yang diterbitkan ini adalah rakaman di dalam Kuliah Hakikat Insan yang disampaikan oleh Encik Roslan Jelani. Kuliah Hakikat Insan ini atau lebih dikenali sebagai "Discourse on The Nature of Man and The Psychology of The Human Soul" (singkatan : NOM Discourse).

Ia merupakan siri kuliah yang dihadiri oleh pihak Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) sebagai satu program asas silibus pendidikan dan pengiktirafan komitmen keahlian kepada semua ahli PPIK.

Kuliah ini merupakan perbincangan peringkat tinggi di dalam wacana keintelektualan Islam. Topik yang dibincangkan merupakan permulaan kepada jalan memahami gagasan YM Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang disampaikan sendiri oleh anak murid beliau iaitu En. Roslan Jelani.

Demi menjaga amanah ilmu ini untuk tidak terdedah kepada sebarang kesalahfahaman, manipulasi, fitnah, rakaman audio ini hanya boleh diakses oleh mereka yang dijemput melalui 'link' khas yang diberi oleh pihak PPIK. Pihak PPIK lebih mengalu-alukan mereka yang berminat dengan 'discourse' ini untuk menyertai kuliah ini secara langsung demi kefahaman yang lebih mantap dan terpelihara. Untuk turut serta dengan siri kuliah ini, boleh hubungi pihak PPIK di 017-915 8232 (Saudara Arif Syafiq, Setiausaha PPIK).


Sebarang penyebaran penerbitan ini tidak dibenarkan tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak PPIK ataupun En. Roslan Jelani sendiri. Rakaman ini dibenarkan bagi tujuan pembelajaran dan ulangkaji di kalangan murid sahaja.

Semoga penerbitan ini dapat memberi manfaat kepada semua rakan-rakan yang komited di dalam bidang keilmuwan dan berdedikasi menjunjung gagasan YM Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Doa dan harapan kami agar melalui kemudahan ini dapat membantu para peserta memantapkan kefahaman dan mempraktiskannya di dalam kehidupan serta memberi sumbangan kepada pembinaan tamadun Islam di masa depan di dalam bidang masing-masing.

Semoga Allah memberkati kita semua.






No comments

Powered by Blogger.