SOAL-JAWAB 'SAYA AHLI PPIK'
SKRIP-SKRIP UMUM 'SAYA AHLI PPIK'
-Untuk panduan ahli bagi dihayati dan menjawab pertanyaan tentang PPIK
-Sebagai penerangan ringkas dalam bentuk paling mudah faham untuk yang ingin kenal PPIK
1. APA ITU PPIK?
= PPIK adalah sebuah NGO yang berdaftar di bawah ROS dengan bernamakan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan.
= PPIK adalah Badan Gabungan Negeri yang bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) khusus untuk mewakili PKPIM di negeri Kelantan.
= PPIK adalah persatuan anak negeri
= PPIK adalah sebuah persatuan anak muda
= PPIK adalah sebuah gerakan pelajar Islam
= PPIK adalah sebuah persatuan anak muda peringkat negeri Kelantan yang membawa identiti sebagai gerakan pelajar Islam untuk melahirkan generasi muda Kelantan yang bitara, terampil dan berkemajuan bagi membina generasi adabi demi membangunkan peradaban Islam.
= PPIK adalah persatuan aktivis anak muda untuk melahirkan pelajar Islam yang intelek dan beridealisme.
* Kepelbagaian jawapan untuk perspektif orang yang berbeza mengikut tahap kemudahfahaman masing-masing
2. APA PPIK BUAT?
= Didik anak muda menjadi mahasiswa bitara
= Asah kepimpinan dan keterampilan
= Bentuk pemikiran matang dan intelek
= Bina budaya remaja yang cemerlang
= Lahirkan pemuda Islam yang berilmu untuk mempertahankan hujah Islam
3. APA MANFAAT LEPAS SERTAI PPIK?
= Dapat isi masa muda dengan bermakna kepada agama dan masyarakat
= Menjadi seorang yang cinta ilmu dan cinta buku
= Menjadi anak muda yang suka berfikir
= Ada semangat keusahawanan dan berdikari
= Cakna dan cerdik menilai isu semasa
= Pemikiran makin matang
= Amal budaya cemerlang
= Menjadi orang yang lebih hebat
4. BAGAIMANA NAK KENAL AHLI PPIK :
A) CIRI-CIRI PERSONALITI AHLI :
Seseorang Ahli PPIK mestilah menunjukkan ciri-ciri ini :
= Hebat berfikir dan berhujah
= Hargai Pandangan Alam Islam
= Bawa buku di mana-mana
= Sentiasa bawa pen dan buku catatan kecil
= Terserlah kepimpinan
= Ada semangat seorang aktivis
= Ada idealisme
= Junjung budaya intelek
= Amalkan kerohanian tasawuf
= Menyebut perbendaharaan kata PPIK
B) KAMUS AHLI PPIK :
Perbendaharan Kata PPIK (PPIK VOCABULARY) :
= Worldview of Islam
= Mahasiswa Bitara
= Intelektualisme, Idealisme, Aktivisme dan Spiritualisme
= Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
= Imam al-Ghazali
= Risalah Untuk Kaum Muslimin
= Prolegomena To The Metaphysic of Islam
= Islam and Secularism
= Membina Generasi
= Memaknai Kepemudaan
= Aspirasi Tradisi
= Ilham Zaman
*Akan ditambah dari masa ke semasa
Post a Comment